Sabtu, 12 September 2009

HALIA, HALIA, HALIA........

PELAN PEMASARAN KOMODITI HALIA 2003 - 2010

1. PENGENALAN

Halia dikategorikan sebagai sayuran umbisi .Ia juga merupakan tanaman
herba atua rempah.Tanaman halia dikatakan berasal dari Asia Tenggara
telah lama di kenali di Asia dan kini di seluruh dunia.Halia digunakan
sebagai bahan perasa dalam pelbagai masakan.Halia boleh di proses
untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak oleoresin.Minyak halia boleh
di jadikan bahan perasa minuman buah-buahan,confectionary kosmetik
dan ubatan.Oleoresin pula boleh digunakan untuk bahan perasa minuman
tetapi lebih untuk ubatan.
Ubat-ubatan dari halia boleh mengawal penyakit antaranya
demam,batuk,sesak dada,pleurisy,cramps,migrane, sengugut,sakit
kepala,sakit gigi,sakit tulang,sakit perut dan sakit gastrointestinal.
Halia ditanaman dikawasan tropika meliputi tanah ketinggian 1500 meter
dari aras laut dan boleh hidup dalam berbagai keadan cuaca dan jenis
tanah.

2. ANALISA SITUASI

2.1 Analisa Produk


2.1.1 Jenis Dan Varieti

Halia atau nama botaninya, Zingiber officinale Roscoe dari
famili Zingiberaceae digunakan sebagai rempah perasa dan
ubatan. Ciri-ciri rizom halia seperti kandungan serabut, hasil
dan pungency (pedas) berbeza dari varieti ke varieti.
Terdapat dua jenis di Malaysia, iaitu :
- Jenis Bentong rizom besar dan
(Halia Bkt. Tinggi) berwarna pucat keputihan

- Jenis Tanjung Sepat rizomnya berbentuk
(Halia Indonesia) panjang dan berwarna
kekuningan muda

2.1.2 Benih

Halia ditanam daripada keratan rizom berumur 9 bulan. Pada
masa kini benih hanya boleh diperolehi daripada pengusahapengusaha
halia di mana sebahagian daripada halia yang
dituai disimpanuntuk dijadikan benih. Benih/rizom halia
pada masa kini dijual pada harga RM4.00/kg. Sebanyak1,800 kg rizom segar adalah diperlukan untuk seluas 1
hektar.

2.1.3 Zon Pengeluaran
Di Malaysia, negeri-negeri pengeluar utama halia ialah
Sabah, Sarawak, Pahang, Selangor dan Johor. Di Negeri
Pahang, kawasan utama pengeluaran halia ialah di Bentong.
Di Negeri Sabah, kawasannya ialah di Keningau dan
Tambunan.

Pada tahun 2000, jumlah pengeluaran halia dari kawasan yang
mengeluarkan hasil (225.7 hektar) di Semenanjung Malaysia
dilaporkan sebanyak 1,859.3 metrik tan.

2.1.4 Keperluan Tanah Dan Cuaca

Halia memerlukan taburan hujan sebanyak 200 – 260 cm
setahun dan cuaca yang panas. Halia sesuai ditanam
dipelbagai jenis tanah yang mempunyai saliran baik, kaya
dengan bahan organik serta gembur dan peroi, dan tidak
menyekat tumbesaran rizom. Halia hidup subur dalam
keadaan pH 5.0 – 6.5. Tanah yang paling sesuai ialah yang
bertekstur lom dari segi membekal nutrien, air dan udara
kepada akar tanaman. Ia juga boleh ditanam di tanah
gambut setelah ianya diperbaiki dengan sistem pengaliran
yang efisien, pengapuran sehingga pH tanah melebehi 5.0,
dan pemberian baja makro dan mikro yang mencukupi.
Halia juga sesuai di tanam dikawasan rendah di mana
suhunya 22-34°C dan mempunyai purata taburan hujan
sebanyak 2,000-2,500 mm/tahun.Masa yang paling sesuai
untuk menanam ialah pada bulan Februari hingga Mac, iaitu
pada musim permulaan hujan.

2.1.5 Amalan Kultur

Tanah perlu dibajak dan digembur sebelum menyediakan
batas berukuran 70 cm lebar dan 25 – 30 cm tinggi. Bagi
tanah yang berasid, kapur (GML) sebanyak 2.5 tan/ha ditabur semasa tanah dibajak. Bagi tanah mineral, baja
organan sebanyak 4 tan/ha digaulkan dengan tanah di atas
batas sebelum menanam.
Halia ditanam daripada keratan rizom berumur 9 bulan.
Rizom disimpan di tempat redup selama 2 minggu untuk
menggalakkan percambahan tunas. Selepas itu, rizom
dikerat 5 cm panjang (sekurang-kurannya 2 mata tunas).
Sebayak 25 – 30 keratan boleh didapati daripada 1 kg rizom.
Sebanyak 1800 kg rizom segar adalah diperlukan untuk
seluas 1 hektar.
Keratan-keratan rizom perlu direndam dalam larutan racun
kulat seperti Benomyl, dan dibiarkan kering sebelum
ditanam. Selepas ditanam, naungan perlu disediakan untuk
pucuk-pucuk baru yang muncul dalam masa 2 –4 minggu
selepas menanam. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 45
cm di anatara baris dan 30 cm di antara pokok. Kepadatan
pokok 45,000 sehektar.
Baja kapur sebanyak 2.5 tan/ha ditabur semasa membajak
tanah, sekiranya pH kurang dari 5.
Untuk mengelakkan pertumbuhan rumpai, racun herba pracambah
seperti Alachlor atau Atrazine disembur pada kadar 4 lit/ha ke atas
batas, sebaik sahaja keratan-keratan halia ditanam. Selepas itu,
dua pusingan merumput secara manual di atas batas diperlukan.
Rumpai di sekeliling batas boleh dikawal dengan penyemburan
racun herba seperti Glufosinate ammonium. Penimbunan tanah di
pangkal pokok perlu dilakukan semasa merumput, supaya rizomrizom
tidak terdedah Serangga dan penyakit utama yang
menyerang tanaman halia ialah :

JENIS SERANGGA/PENYAKIT KAWALAN
1. Ulat Pengorek
(Udaspes folus)
-Sembur racun Permethrin

2. Layu Bakteria
(Pseudomonas solanacearum)
-Musnahkan pokok yang berpenyakit
Gunakan benih yang sihat
Tentukan saliran yang baik

3. Bintik Daun
(Phyllosticta zaingibera)
-Sembur racun kulat Benomyl

Pada masa sekarang, pengeluaran halia masih dihasilkan secara
konvensional oleh pengusaha-pengusaha. Walau bagaimanapun,
pengeluaran sayur-sayuran termasuk halia adalah digalakkan
supaya diusahakan secara organik dalam tempoh Rancangan
Malaysia Kelapan.

Halia boleh dipungut sebagai halia muda semasa berumur 4 – 5
bulan dan halia tua semasa berumur 8 – 9 bulan (batang dan daun
mula menjadi kuning). Halia yang dipungut sekiranya terdedah
lama kepada cahaya matahari akan kehilangan air dan mutunya
merosot. Hasil halia tua adalah di antara 14 – 20 tan/ha dan halia
muda ialah 8 – 12 tan/ha. Hasil purata halia tua ialah 17 tan/ha.
Ini masih rendah jika di bandingkan dengan pengeluaran halia
China ( 115 tan/ha ), Indonesia ( 73 tan/ha ), Filipina ( 58 tan/ha )

2.1.6 Kos Pengeluaran
Kos pengeluaran dibahagi kepada tiga komponen; iaitu kos
bahan, kos tenaga dan kos pelbagai. Sila rujuk Lampiran 2,3
dan 4. Jumlah kos pengeluaran bagi penanaman halia
Bentong adalah RM17,357.00 sehektar. Kos bahan
merupakan kos yang paling tinggi (RM12,962.00),
berbanding dengan kos tenaga (RM3,900.00) dan kos
pelbagai (RM495.00). Kos pengeluaran sekilogram halia
Bentong ialah RM1.02. Manakala anggaran kos pengeluaran
Halia Sabah ialah RM0.76 dan kos pengeluaran di kawasan
keseluruh Malaysia ialah RM0.86. Perbezaan di antara harga
ladang dan kos/kg ini merupakan angka petunjuk untung
atau ruginya pengeluaran.
Harga halia pada peringkat ladang sering menghadapi
keadaan turun naik yang dipengaruhi oleh faktor-faktor
kualiti halia dan keadaan cuaca yang mempengaruhi
pengeluaran halia. Dalam tempoh lima tahun (1996 – 2000),
harga halia di peringkat ladang adalah di antara RM1.64/kg
dan RM2.37/kg dan harga purata ialah RM1.99/kg. Bagi
halia Bentong, harga di peringkat ladang ialah RM4.00/kg.

Berdasarkan kepada hasil halia sehektar dan harga purata
RM2.00 sekilogram, pendapatan kasar yang boleh diperolehi
ialah RM68,000 bagi halia Bentong, RM24,000.00 bagi halia
Sabah dan RM34,000.00 secara umum
Pendapatan bersih merupakan baki pendapatan setelah
ditolak segala kos perbelanjaan yang terlibat. Berdasarkan
hasil, harga dan kos pengeluaran yang dinyatakan,
pendapatan bersih sehektar ialah RM50,643.00 bagi halia
Bentong.RM14,890.00 bagi halia Sabah dan secara umum
RM19,343.00.
Bagi tanaman singkat masa seperti halia, kaedah “Pulangan
bagi setiap ringgit yang dilabur” sering digunakan dalam
analisis keuntungan. Ianya adalah nisbah di antara
pendapatan kasar dan kos pengeluaran. Bagi penanaman
halia, pulangan bagi setiap ringgit yang dilabur ialah RM3.92
bagi halia Bentong, RM2.63 bagi halia Sabah dan secara
umum RM2.32 dalam jangka masa 9 bulan.

2.1.7 Amalan Pengendalian Lepastuai

Pengendalian lepastuai yang teratur bagi halia amatlah
penting untuk mengawal kerosakan dan kemerosotan mutu.
Mutu halia menurun akibat jangkitan kulat, kehilangan air
(kecut) dan juga percambahan. Keperluan pengendalian
harus diambil kira daripada peringkat pengutipan sehingga
penerimaan oleh pengguna dan untuk
dieksport.

2.1.7.1 Pengutipan

Halia mencapai kematangan yang sesuai untuk
kegunaan segar selepas 8-9 bulan penanaman.
Kematangan juga kerap ditentukan dengan
meneliti perubahan warna daun yang menjadi
kekuningan dan seterusnya gugur.
Halia dikutip pada awal pagi ataupun petang iaitu
dalam keadaan persekitaran yang redup. Ini
bertujuan mengelakkan kehilangan kandungan air
yang boleh menyebabkan halia menjadi kecut.
Kesan pancaran matahari juga boleh
menyebabkan penghijauan yang akan
menjejaskan mutu halia.
Pada peringkat permuliaan, cangkul digunakan
bagi melonggarkan tanah disekitar pokok halia
untuk memudahkan penarikan rizom keluar.
Penggunaan alat yang tidak sesuai atau yang
kasar boleh merosakkan, mencacatkan atau
mematahkan halia.

2.1.7.2 Pengendalian di ladang

Halia yang telah dikutip dimasukkan ke dalam
bekas yang sesuai seperti bakul plastik (30 kg)
ataupun bakul buluh. Sekiranya bakul buluh digunakan, bahan pengalas seperti kertas atau
span perlu bagi mengelakkan geseran antara
bakul dan halia itu. Kutipan harus dibawa dengan
secepat mungkin ke tempat pengumpulan atau
rumah pembungkusan bagi operasi penyediaan
yang seterusnya. Keadaan yang sedemikian
adalah untuk mengelakkan pendedahan yang
lama atau cuaca panas yang boleh mengecutkan
rizom. Jenis pengangkutanyang digunakan
bergantung pada muatan dan jarak perjalanan ke
tempat pengumpulan.

2.1.7.3 Operasi di rumah pembungkusan

i) Pemilihan dan pemotongan

Pemilihan dilakukan bagi mengasingkan rizom
yang terlalu tua, yang terlalu muda, yang
busuk dan yang patah. Kebanyakan halia yang
patah disebabkan oleh kecederaan semasa
pengutipan dan kesan himpitan semasa
pengangkutan.
Cabang halia yang kecil dan tidak menarik
dipotong dengan pisau yang tajam.
Pemotongan perlu dilakukan dengan cermat
supaya tidak mencederakan bahagian halia
yang sebenar.

ii) Pembasuhan dan perlakuan racun kulat

Pembasuhan halia dibahagikan kepada dua
peringkat. Pada peringkat yang pertama,
pancutan air bersih digunakan untuk
membuang tanah dan serangga yang melekat
pada rizom. Pada peringkat yang kedua pula,
halia direndam di dalam air yang bersih untuk
membersihkan bahagian yang masih kotor
dengan menggunakan penggosok yang
lembut. Air perlu ditukarkan selalu bagi
mengelakkan jangkutan kulat.
Halia yang bersih direndam di dalam larutan
pengawal kulat (500 ppm) selama 10 minit
bagi mengelakkan pertumbuhan kulat yang
boleh menyebabkan pembusukan.

iii) Pengeringan

Air yang berlebihan pada halia boleh dibuang
dengan meletakkan halia di atas rak pada suhu
ambient. Kipas boleh digunakan untuk
mempercepatkan proses pengeringan.

iv) Perawatan

Halia yang telah kering di atas rak dibiar
terdedah kepada suhu ambient, dengan pengudaraan yang baik selama 4-5 hari.
Operasi ini perlu bagi membolehkan
pembentukan lapisan periderma di bahagian
rizom yang terluka semasa pengutipan dan
pengendalian. Pembentukan lapisan ini akan
dapat mengelakkan kehilangan lembapan yang
berlebihan, serangan mikroorganisma dan
lebam pada tisu yang luka. Halia yang telah
diberi perawatan yang cukup akan mempunyai
rupa dan warna yang menarik.

v) Penggredan

Halia untuk pasaran dalam negeri dan eksport
digred berdasarkan ciri-ciri keseragaman
saiz,kesegaran,kerosakan dan kecacatan
berpandukan piawaian Sirim iaitu gred 1,2 dan
3. Terdapat 3 kumpulan saiz yang diukur dari
timbangan berat.(Lampiran 5 dan 6)

vi) Pembungkusan

Kotak ‘corrugated fireboard’ jenis teleskopik
yang berukuran 53 cm x 40 cm x 20 cm
dengan muatan 13.5 kg sesuai untuk pembungkusan halia yang dieksport. Kotak
tersebut mestilah mempunyai beberapa
tebukan di bahagian sisi memanjang dan satu
lubang pengudaraan di bahagian tengah
penutupnya bagi mengelakkan suhu halia di
dalamnya meningkat.

vii) Penyimpanan sementara

Sementara menunggu untuk hantaran, halia
yang telah siap dibungkus di dalam kotak
boleh disimpan pada suhu 10-15 ºC dengan
kelembapan bandingan 85-90%. Pada
keadaan penyimpanan ini, halia boleh tahan
selama 4-5 bulan tanpa menjejaskan mutunya.

viii) Pengangkutan

Pengangkutan dengan kapal laut lebih murah
berbanding dengan kapal terbang. Untuk
tujuan ini, kontena kargo yang berukuran 6.1
m (20 kaki) dan 12.2 m (40 kaki) masingmasing
boleh digunakan untuk pengisian kirakira
5 tan dan 10 tan halia.

Bagi pengangkutan ke pelabuhan, kotak-kotak
yang berisi dengan halia perlu diangkut dengan
lori atau kontena yang bersuhu 10-15 ºC dan
kelembapan bandingan 85-90%. Kerja mengisikan kontena perlu dilakukan dengan
secepat mungkin untuk mengelakkan
peningkatan suhu yang boleh menjejaskan
mutu hantaran.

2.1.7.4 Piawaian dan kawalan mutu

Piawaian dan kawalan mutu diperlukan bagi
mewujudkan satu sistem pengendalian dan
pemasaran yang baik dan berkesan. Pengeksport
harus memastikan supaya halia yang dieksport
bermutu tinggi. Dengan kawalan yang rapi dan
teliti ketika menjalankan setiap operasi
pengendalian, matlamat ini boleh dicapai.
Untuk membolehkan halia memasuki pasaran luar,
setiap hantaran hendaklah disertai dengan sijil
fitosanitari (phytosanitary) yang dikeluarkan
disahkan oleh Jabatan Pertanian. Sijil ini diperoleh
setelah pemeriksaan yang teliti oleh Pegawai
Kuarantin semasa operasi pembungkusan bagi
memastikan ketiadaan sebarang perosak dan
penyakit.

2.1.7.5 Kemudahan dan infrastruktur

Pengendalian lepastuai halia untuk pengeksport
melibatkan satu rangkaian operasi khusus yang memerlukan sesuatu infrastruktur seperti bilik
sejuk untuk penyimpanan. Bagi ladang yang
besar, sebuah kompleks rumah penyediaan boleh
didirikan di kawasan ladang. Bagi pekebun kecil
pula, sebuah bangsal penyediaan yang dilengkapi
dengan rak untuk pengeringan dan perawatan,
meja pemilihan, meja penggredan, alat
penimbang, ruang menyimpan kotak, ruang
pembungkusan dan bekalan air bersih perlu
didirikan di kawasan kebun.

Operasi-operasi yang dijalankan di rumah atau
bangsal penyediaan tersebut ialah pemilihan,
pembersihan, perawatan, penggredan,
pembungkusan dan pengisian ke dalam kotak.
Kotak-kotak yang berisi halia kemudiannya segera
diangkut ke kompleks bilik sejuk yang
berhampiran seperti kompleks yang dimiliki oleh
FAMA bagi penyimpanan sementara.

2.1.8 Amalan Pemerosesan Minimum dan Pengilangan

Pemprosesan minimum merupakan satu aktiviti lepastuai
yang mula mendapat tempat di pasaran sekarang. Sayur
yang diproses secara minimum merupakan produk yang
telah dilakukan pembersihan, pembuangan kulit atau
pemotongan/hirisan, rawatan kimia, pengeringan dan pembungkusan. Operasi yang dilakukan bergantung pada
jenis sayur. Bagi halia ia melibatkan operasi membersih
rizom,pembuangan kulit,hirisan,rendaman dalam larutan
kalsium klorida,pengeringan,pembungkusan dan penyimpan.
Halia yang di proses secara minumum sedia untuk terus di
gunakan untuk pemasakan. Melalui kaedah penyediaan yang
sesuai halia yang diproses secara minimum dapat di
kekalkan kesegarannya selama 4 minggu di suhu 2 C dan RH
85-90%.
Dari segi pengilangan, halia boleh diproses sebagai serbuk
halia, halia jeruk, minced ginger dan bahan perasa untuk
pelbagai makanan seperti sos, bakery dan jam serta
minuman buah-buahan dan teh yang mana
barangan/produk ini ada terdapat di pasaran luar negara.
Walau bagaimanapun, setakat ini perusahaan pemprosesan
halia di dalam negara masih lagi kecil dan terhad dari segi
produk dan tidak dibuat secara besar-besaran.

2.1.9 Penyelidikan dan Pembangunan

Penyelidikan oleh MARDI telah menghasilkan beberapa
teknologi bagi meningkat produktiviti halia. Teknologi
merangkumi aspek-aspek berikut:

- Cara memperbaiki tanah bermasaalah seperti tanah
gambut supaya sesuai untuk tanaman halia.

- Amalan kultura dan agronomi seperti penyediaan
tanah, jarak tanaman dan merumput.

- Pembajaan di berbagai jenis tanah seperti tanah lomberliat dan tanah gambut.

- Pengawalan serangga perosak dan penyakit.

- Mekanisasi terutamanya dalam penyediaan
tanah, pembajaan dan penyemburan kimia.

- Pengendalian lepas tuai, penyimpanan,
pembungkusan dan pengangkutan.

- Teknologi pemprosesan.

Dasar Petanian Negara ( DPN3 ) telah mengenalpasti
bidang-bidang penyelidikan yang perlu dititik beratkan oleh
MARDI demi untuk memajukan industri sayur-sayuran
termasuk halia. Di antara bidang-bidang penyelidikan
tersebut ialah:

- Teknologi pengendalian lepas tuai.

- Sistem pengeluaran persekitaran terkawal bagi
sayur-sayuran temperat dan tropika.

- Pengeluaran sayur-sayuran secara tanpa tanah.

- Teknik Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) untuk
berbagai jenis sayur-sayuran.

- Mewujudkan ‘standards, grades and certification
schemes’ untuk sayur-sayuran.

3. ANALISA PASARAN

3.1 Pasaran Domestik

Mengikut FAMA permintaan halia segar di pasaran domestik pada
tahun 2002 di jangka 18,603 mt (Lampiran 7) sedangkan jangkaan
pengeluaran halia tempatan adalah 9233 mt. Jangkaan kekurangan
bekalan sebanyak 9370 mt di tampung oleh import dari negeri
China, Indonesia, Thailand, Myanmar, Hong Kong dan Vietnam.
Syer halia tua dan muda tempatan dalam pasaran domestik ialah
49.63%. Sumber utama bekalan halia tua dari Bukit Tinggi,
Pahang yang terkenal dengan halia Bentong dan dari
Sabah(Keningau dan Tambunan), manakala halia muda dari
Sepang Selangor ( varieti Sabah/Indonesia,). Setakat yang di
ketahui tidak ada halia muda di import dari luar negeri.

3.1.1 Segmen Permintaan

3.1.1.1 Permintaan isi rumah dan institusi

Halia digunakan sebagi bahan perasa dalam
masakan pelbagai makanan lauk pauk dan
hidangan.Jangkaan penggunaan halia oleh isi
rumah dan institusi pada tahun 2002 adalah
10,972 tan metrik dan di jangka akan terus
meningkat ke14,227 tan metrik pada tahun 2006.

3.1.1.2 Permintaan Kilang

Jangkaan permintaan halia oleh pengilang adalah
banyak 198 tan metrik pada tahun 2002 Antara
hasil produk proses terdapat dalam pasaran ialah

- Sos halia dari syarikat Amisan Product(M) Sdn
Bhd., Kapar Perak

- Halia minced dari Syarikat Bidor Kwong Heng
Sdn. Bhd., Bidor Perak

- Serbuk halia dari Syarikat Adillah Food
Industies Sdn. Bhd., Kota Kinabalu, Sabah

- Minuman herba halia dari Syarkat Vast Green
Sdn. Bhd.,Petaling Jaya,Selangor

- Chinese Ginger & Soy (untuk bahan tumis
termasuk cendawan Shiitake) dari syarikat
Merry Chef Food Sdn. Bhd Shah Alam Selangor
yang memasarkan produk di bawah jenama
TANPING.Produk diedarkan pasaraya seperti
Cermat,Giant,Jaya Jusco,Tops Sogo,Savemart
Xtra Super Cen di sekitar Kuala Lumpur, PJ
dan Klang dan beberapa pasaraya di
Seremban, Penang dan Ipoh.

- Syarikat syarikat tersebut di dapati berdaftar di
Matrade untuk tujuan eksport ke luar negara
dan edaran dalam pasaran domestik .

Cawangan Pengilangan IKS FAMA sedang
berusaha mempromosikan produk gula-gula madu
halia madu dan serbuk halia madu kepunyaan
syarikat Suhaimi Sdn Bhd Taiping Perak di dalam
pasaran tempatan. Tinjauan di pasar raya Giant
Shah Alam dan Xtra Klang mendapati halia
kering,ubatan herba termasuk halia, minuman
dan gula-gula halia turut di hasilkan dalam negeri
Permintaan kilang di ramalkan akan meningkat
347 tan metrik pada tahun 2006.

3.1.2 Aliran Pemasaran

Halia tua Bentong di percayai sebahgian besar nya di
eksport kerana mempunyai ciri saiz rizom yang lebih besar
di samping mempunyai rasa yang lebih pedas.Halia import
yang terdapat di pasaran tempatan juga turut di eksport
keluar negara. FAMA pernah mengeksport halia dari
Indonesia dan Cina serta halia Bentong dan dari Sabah ke
Rotterdam pada tahun 2000 dan 2001. Selain FAMA adalagi
seorang pengeksport halia yang berdaftar dengan Matrade
iaitu syarikat CED yang pernah menghantar halia Bentong
ke Belanda lima tahun lepas.Halia muda tempatan terbukti
dieksport ke UK.

Bagi hasil proses produk jenama TANPING dari Malaysia
telah memasuk pasaran Brunei, Australia dan UK.Terdapat
juga produk dari Singapura minuman halia segar ,teh halia
dan teh serai halia di jual di pasar raya Malaysia.

3.1.3 Kos Pemasaran

Kebiasaannya kos pemasaran termasuk upah,
pembungkusan dan pengangkutan sayur-sayuran termasuk
halia segar dalam pasaran tempatan dianggarkan 7-10%.
Kos pemasaran eksport halia tua ke Rotterdam,Belanda
yang di lakukan FAMA pada Januari 2002 melalui laut ialah
USD 0.80(RM3.00)/kg atau USD 8.00(RM30.00) bagi
pembungkusan kotak 10kg.

3.1.4 Harga , gred dan pembungkusan

Gred bergantung kepada saiz rizom yang di ukur dari
timbangan berat dan rasa kepedasan Gred halia tua yang di
Fama seperti berikut;
Gred Saiz
1 >250gm

2 <250-150

3 <150->100gm

Umumnya halia tua dari Bentong lebih pedas serta
mempunyai rizom yang lebih besar dari segi ukuran garis
lintang (diameter) berbanding dari halia lain.Justu itu
harganya pun lebih tinggi Sebagai contoh tinjauan pada
20/7/2002 di pasar Borong Selayang di dapati harga borong
Gred 1 bagi halia Bentong adalah RM 5.25 /kg berbanding dengan halia Thailand RM3.00/kg dan Indonesia RM1.70/kg
bagi gred sama. Harga ladang halia Bentong adalah
RM4.25 bagi Gred 1.Marjin pengusha tanaman halia Bentong
tinggi sebanyak RM3.38 kerana kos pengeluaran halia
tersebut hanya di anggarkan RM 1.02/kg. Harga halia
Bentong tinggi kerana berlaku penggunaan oleh kaum
perempuan China selepas bersalin atas sebab menjaga
kesihatan. Halia import di bungkus dalam kotak 10 kg.

Gred bagi halia muda juga bergantung pada saiz. Berat bagi
Gred 1 melebihi 300gm manakala berat bagi Gred 2 kurang
dari 300gm.Harga ladang bagi Gred 1 RM1.10/kg manakala
harga borong RM 3.25

Di kalangan pemasar spesifikasi gred tersebut tidak di ikuti
sepenuhnya kerana terdapat halia yang luar saiz dalam
sesuatu saiz gred dengan kadar boleh melebehi 20% ,
termasuk dalam kotak halia import.
Hasil-hasil proses dari halia di jual pada harga yang berbeza
mengikut pelbagai bentuk dan saiz pembungkusan seperti
aluminium foil, packet, kotak,botol dan uncang.

3.2 Pasaran antarabangsa

3.2.1 Eksport

Pada tahun 2000 eksport di pasaran dunia bagi halia ialah
226,743 mt bernilai USD 130, juta.(Lampiran 9) 10 negara
pengeksport utama dunia di dahului jauh dihadapan oleh China 49%, Thailand 14% Taiwan 7%, Indonesia 4%,Brazil
4%,India 4%,Belanda 3% Fiji 3% Nepal 2% dan Singapura
2%. Eksport Malaysia pada tahun tersebut hanya 189 tan
metrik bernilai USD 97,000 terutama ke Singapura(75%)
dan Amerika Syarikat (11%) (Lampiran 10). Ini bermakna
syer pasaran eksport Malaysia di dunia 0.08% sahaja
menjadikan Malaysia menduduki tempat ke-28 di pasaran
dunia. Walaupun kuantiti eksport dunia telah berkembang
sebanyak 8% dari tahun 1966-2000, namun pada tempoh
tersebut, eksport Malaysia merosot sebanyak 22% .
Pengeluaran di Semenanjung Malaysia berkurangan dari
54.3 hektar pada tahun 1996 ke 244 hektar pada tahun
2000.

3.2.2 Import

Import halia oleh negara pengimport pada tahun 2000
adalah sebanyak 247,112 tan bernilai US176.86 juta. Negara
Jepun merupakan negara pengimport yang jauh terbesar
dari negara lain dengan import sebanyak 104,379 tan
bernilai US 76.96 juta yang merupakan 42% dari jumlah
kuantiti import dunia. Negara kedua ialah Pakistan 11.6%
ketiga Amerika Syarikat 7.7%, keempat Emirat Arab Bersatu
4.8%, kelima United Kingdom 4.2%,keenam
Bangladesh,3.4% ketujuh Arab Saudi 3.3%,kelapan
Malaysia 3.1% dan 29 negara lain lain.

Boleh di katakan bahawa 7 negara
berpotensi bagi pasaran eksport halia yang boleh di
tumpukan adalah Jepun, Pakistan, Amerika Syarikat, Emirat
Arab Bersatu, United Kingdom, Bangladesh dan Arab
Saudi.Di samping banyak pengunaan halia, negara-negara
berkenaan mencatatkan pertumbuhan import yang positif 5-
506% (1996-2000). Negara Singapura walaupun negara
pengimport utama Malaysia ketika ini tetapi kedudukannya
adalah cuma sebagai pengeksport semula.Syer pasaran kita
di Singapura ialah 142 tan iaitu cuma 1.9% sahaja
Sebanyak 39.5% dari import negara Singapura di eksport
semula. Eksport Malaysia ke USA pula hanya berjumlah 20
tan sahaja, sekadar 0.1% sahaja dari syer pasaran di
negara berkenaan. Didapati negara Eropah seperti Jerman, Perancis dan
Belanda bukanlah merupakan negara pasaran besar untuk
halia.

3.2.4 Harga runcit

Di dapati harga runcit halia segar mengikut Matrade harga
runcit halia segar di pasaran Belanda, UK dan Australia
seperi berikut;

Jadual 7 : Harga runcit halia segar dipasaran luar negara

Pasaran Harga runcit (RM/kg) Pembungkusan Negara Asal
Belanda 16.05 kotak Thailand
23.60( muda) Thailand
UK 31.00 (muda) Malaysia
36.60 (muda) Thailand
Australia 21.80 kotak Australia



3.2.5 Halia proses

Antara produk halia yang terdapat di pasaran dunia ialah
minyak halia, jeruk,oleoresin, halia kering/dehydrated dan
sebagai bahan ramuan untuk produk sabun,.ubatubatan/
kesihatan,minuman,kek,puding,jam dan sos
makanan.Negara-negara pengeluar yang mengusahakan
produk halia adalah seperti berikut:


Negara pengeluar Produk
1. China hirisan halia,minyak halia,minced green ginger in
vegetable oildan ginger paste

2. Filipina jeruk halia

3. Thailand halia kering,jeruk dan minuman halia

4 Malaysia sos perasa halia

5. India minyak halia, oleoresin dan dehydrated ginger

7. Singapura oleoresin dan minuman halia segera

8 Hong Kong Jeruk dan minced ginger

9 Canada Ginger spice liquid handsoap

10 Australia Crush ginger,halia kering,jeruk bahan perasa minuman,
jam, bakery confectionery, candy strawberry &
conserve,sos dan halia serbuk.
Ubat tablet dan kapsul

Australia merupakan pengeluar yang besar di dunia bagi
produk halia diproses. Syarikat Buderim Ltd di yang mula
operasi 1943 merupakan pengeluar yang
besar,mengeluarkan hampir 100 produk halia proses yang
dipasarkan dipasaran utamanya di Amerika Syt dan di
Australia sendiri di bawah jenama Buderim Ginger. Ia
mengeluar dan memproses 40 % keperluan halia di Yandina,
Timur Selatan Queensland, Australia. Produk halia proses
yang terbaru dikeluarkan oleh Syarikat Buderin ialah
Strawberry bercampur ‘ginger conserve’ Keuntungan
sebelum cukai Syarikat Buderim pada tahun 2001, dijangka
Ringgit Australia 1.6 juta sedikit sebanyak menunjukkan pasaran halia diproses mempunyai prospek yang besar.
Syarikat Buderim mengariskan stategi pemasarannya seperti
berikut:

- Memasarkan sendiri halia proses terus kepasaran
Amerika Syarikat untuk mengelakkan pengguna ditipu
dengan produk tiruan atau kualiti rendah.
- Memastikan bekalan berterusan sepanjang tahun dengan
kualiti yang terjamin.
- Mempunyai sijil akreditasi ISO 9001 dan HACCP tentang
keselamatan dan kualiti makanan.

Di Australia satu pertiga (1/3) penduduknya guna jem halia
dalam resepi makanan harian mereka.
United Kingdom merupakan pengguna terbesar halia proses
di Barat diikuti oleh Jerman dan negara-negara Eropah lain.

Buat masa ini halia yang ditanam secara organik menjadi
semakin diminati dipasaran UK, Eropah dan Amerika
Syarikat. Halia merupakan bahan campuran utama melebihi
50 % dalam ramuan perubatan menggunakan herba. Kajian
menunjukkan ubatan dari halia dapat mengurangkan kesan
pening kepala dan muntah lebih baik dari placebo.

Seperti di Malaysia produk di proses dari halia di jual pada
harga yang berbeza mengikut pelbagai bentuk dan saiz
pembungkusan seperti packet kotak,botol dan uncang.

Di jangka dengan perkembangan industri
makanan,minuman,ubatan dan sabun penggunaan halia
sebagai bahan akan juga turut berkembang.

4. ANALISA PESAING

4.1 Pasaran domestik

Jumlah halia yang di import oleh Malaysia pada tahun 2000
berjumlah 7,627 tan bernilai USD3.65 juta. Negara China
menguasai hampir tiga suku pasaran import halia kedalam negeri
di ikuti oleh Indonesia ,Thailand , Myanmar ,Hong Kong dan
Vietnam

Jadual 8 : Import halia Malaysia tahun 2000

Pengeksport Kuantiti (tan) Nilai( ribu USD) (%)
China 5574 2910 73
Indonesia 1239 396 16
Thailand 536 231 7
Myanmar 169 57 2.2
Hong Kong 90 43 1.2
Vietnam 19 11 0.3
Jumlah 7,627 3,648 100


Jadual 9 : Perbandingan nilai-nilai import halia, Malaysia

Pengeksport Nilai import(US/tan) Nilai import(RM/kilo)
China 522 1.97
Indonesia 320 1.20
Thailand 431 1.60
Myanmar 337 1.80
Hong Kong 478 1.80
Vietnam 579 2.10






Tiada ulasan:

Catat Ulasan